Friday, 21 October 2011

Teringat Dekat arwah abah Tersayang

Ku tulis post ini dengan air mata yg berlinangan sebagai tanda ingatan 
well sudah hampir 4 tahun lebih arwah abah tersayang pergi meninggalkanku
tapi seolah-olah kenangan itu baru seperti semalam aku rasai
waktu bergurau senda dengan abah,bermanja n kadang-kala bergelak ketawa
teringat suatu ketika dulu tika aku  masih kecil aku melarang arwah abah 
melarang dan tidak benarkan arwah abah merokok kerana aku tahu bahawa
tabiat merokok itu merbahayakan kesihatan,tetapi kini aku sendiri telah 

mewarisi tabiat itu, maafkan afiq abah, afiq mungkir janji dengan abah 
dulu afiq penah cakap afiq xkan hisap rokok tapi akhirnya afiq terjebak juga

abah sering memanggilku afiq sebagai nama panggilan dan jarang sekali
abah memanggilku syauqi ataupun muhamad, mengikut cerita abah semasa

kelahiran ku pada mulanya nama pilihannya bukanlah Muhamad afiq syauqi
tetapi tak silap aku afiq fitri kerana aku dilahirkan pada bulan syaawal iaitu 

4 hari selepas hari raya aidilfitri then abah tukar pilih Nor Afiq Syauqi
then mak nak Muhamad Afiq Syauqi so arwah abah pun menurut sahaja!

aku memang anak manja dikala aku masih kecil bahkan ketika aku darjah 4 arwah
abah telah membelikan aku motosikal yamaha ego untuk kegunaan seharianku

abah amat menyayangiku! itu aku sedia maklum!
yang lawaknya ketika mak mahu pukul aku dulu aku selalu lari dekat tepi arwah abah
sebagai tempat perlindungan hehehe nakal kan aku masa kecil-kecil dulu
di tanggal 23 februari 2007 aku kehilangan abah! abah meninggal dunia akibat 

penyakit diabetic comma,masih aku ingat lagi pada masa itu aku terasa 
tergerak hati untuk pergi melawat arwah abah di hospital selepas pulang dari sekolah
hampir2 pada hari itu aku ingin pulang ke rumah tetapi mak melarang aku 
pulang,akibat kepenatan aku tertidur di atas 
kerusi rehat dan tidak mengetahui
apa yg berlaku sebelum itu! apabila aku tersedar aku lihat arwah abah menggunakan 
bantuan mesin nadi untuk terus bertarung dengan nyawanya!
dan pada waktu itu ramai saudara-mara sebelah mak dan arwah abah penuh
di sekitanya sungguh allah itu maha berkuasa kerana memberi aku peluang 
melihat arwah abah aku buat kali yg terakhir! alhamdulilah
masih aku ingat ketika malam pengebumian arwah abah aku memakai
baju united states of america berwarna putih dan seluar sekolah sahaja!
di kala aku dipanggil untuk mencium dahi arwah abah buat kali terakhir 
hatiku berasa sebak yang teramat sangat! dan aku anak arwah abah yg 

terakhir sekali mencium dahi arwah abah! kalau ikutkan mahu aku menangis
semahu-mahunya ketika itu tapi demi mengelakkan roh arwah abah terseksa
aku tahan air mataku dan berpura-pura tenang tapi hatiku allah swt sahaja 
yg tahu! semoga roh arwah abah tersayang Mohd Dimyati Bin Abdul karim
tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman
al-fatihah sahaja mampu afiq sedekahkan dan kirimkan buat abah disana...

9 comments: